Wednesday 2 November 2011

ImbA Tuan Puteri


Hallo semua reader..... hari ni kami di blogimba bawakan satu lagi episod cerita LULZ...

kalau sebelum ni kami bawakan kisah TROLOLOLS "Misteri bola ping pong"...

kali ini kita perdengarkan pulak citer ImbA Tuan Puteri...

kisahnyer bermula begini....

thanks to Aiman Manan sbb share story nie..




Tersebutlah satu kisah di zaman silam, sezaman dengan Zaman Kesultanan
Melaka. Terdapat satu kerajaan yang tidak jauh daripada Negeri Melaka &
mungkin akan ditawan oleh Melaka




Negeri itu adalah Negeri Kemdoyong di bawah pemerintahan Sultan Azlan ibnu
Arshad Shah. Sultan Azlan amat risau, akan keselamatan Negeri beliau akan
serangan Negeri Melaka terhadap negeri Kemdoyong. Baginda risau, risau
serisau-risaunya. Baginda tidak mempunyai bala tentera yang kuat, malah
tombak & keris pun diimport daripada Melaka. Malah Laman web parlimen
baginda pun sering diceroboh.


Akan tetapi, Baginda mempunyai seorang puteri yang cantik rupawan, Muka
bujur sirih, bibir bak delima merkah, memang terpikat semua lelaki
memandang, termasuklah lelaki yang dah ada 8 orang anak pun terpikat dengan
kecantikan puteri Baginda.





Suatu hari Baginda mendapat idea untuk menguatkan bala tenteranya iaitu
dengan mengadakan pertandingan untuk mencungkil bakat pahlawan tempatan.
Hadiahnya ialah dapat berkahwin dengan puteri baginda. Berita tentang
pertandingan tersebut tersebar luas sehingga tiba di Melaka, Siam dan
Sulawesi. Maka pertandingan itu pun bermula, ramai rakyat tempatan yang
bertanding, tidak kurang pula dengan peserta daripada negara luar. Ada juga
peserta daripada negeri Melaka seperti Hang Jebat, Lekir, Kasturi, Lekiu
turut bertanding.

Ketika mereka siap sedia, tiba-tiba seorang tua datang membisikkan sesuatu
kepada semua peserta secara bergilir-gilir. 

Dan tiba-tiba kesemua peserta
menarik diri daripada pertandingan, walaupun dihadiahkan Puteri yang cantik
rupawan itu.


Maka Sultan pun hairan dan risau lalu menyuruh temenggung untuk menyiasat
akan sebab sebab mengapa mereka menarik diri. Temenggung pun menyiasat, &
ingin menyampaikan khabar itu kepada Sultan Azlan.




Temenggung : Ampun Tuanku beribu ribu ampun

Sultan : Ya, temenggung, apa kah khabar berita itu.

Temenggung : Peserta menarik diri kerana sebab musabab yang sama tuanku
mereka tidak lagi berminat dengan Puteri Tuanku.

Sultan : Apakah sebab itu? adakah puteri beta tidak cukup rupawan.

Temenggung : Orang tua itu telah mengkhabarkan kepada mereka bahawa puteri
tuanku adalah...

Sultan : Adalah apa ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? Puteri Bunian?... Puteri Gunung
Ledang?... Puteri Buluh Betong?.. CAKAP TEMENGGUNG CAKAP! !

Temenggung: Lebih dahsyat Tuanku... (Jawab Temenggung terketar-ketar).
anakanda Tuanku adalah...










Temenggung : PUTERI UMNO tuanku . . . . . . 

Trolololololssss....





suke dengan trolling ini.... sile klik gambar di bawah...






2 comments:

  1. hahahahahaha HARAM JADAH..mati la lepas ni geng2 UMNO serang blog ni..adoi

    ReplyDelete
  2. hahahaha...
    korang buh ni asal.. hahahha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...